Saturday, April 4, 2009

Bukti Kuasa Allah tentang Perbezaan Bulu Binatang




BRISTLE (Berus daripada bulu babi)Bulu babi atau babi hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.


Berus bulu kambing dan berus kambing biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam agar mudah penulis kaligrafi menggunakanya. Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain. Jika kita renungkan secara mendalam betapa agungnya kuasa Allah memudahkan kita mengetahui yang mana babi dan yang bukan babi agar kita senang menjauhinya. Untuk mengetahui lebih lanjut rupa bentuk bulu binatang yang digunakan untuk membuat berus sila ke laman ini http://www.trueart.info/types_of_hair.htm

No comments: