Sunday, July 19, 2009

Membentangkan tangan Ketika Orang Sedang Solat

Perkara membentangkan tangan ketika seseorang sedang solat sering dialami oleh Jemaah Haji dan Umrah di Tanah Haram. Para jemaah sering beranggapan dan mempersendakan tabiat jemaah tersebut disebabkan ketidaktahuan dalam mengungkapan hukum.

Didalam sebuah Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud : “ Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik daripada lalu dihadapan orang orang solat ini. Berkata perawi : ‘aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun’ .”
Riwayat Imam Bukhari (Kitab Shahih Bukhari no: 487,1/191).

Di dalam sebuah hadis yang lain bermaksud : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah untuk menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah menegahnya, jika ia enggan berhenti hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah syaitan.
Riwayat Al-Bukhari ((Kitab Shahih Bukhari no: 486,1/191).

Oleh yang demikian mengadakan "SUTRAH" atau penghadang dihadapan orang yang sedang solat perlu dilakukan sebagaimana merujuk beberapa buah hadis dan Ijtihad Ulama mengenainya.

Para ulama purata bersepakat termasuk Imam Syafi’i bahawa meletakkan “Sutrah” atau penghadang ketika ingin solat adalah SUNAT sahaja. Sebagaimana merujuk dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Apabila seseorang kamu ingin solat hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu . Sekiranya tiada, letakkanlah tongkat , jika tiada buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu dihadapannya”.


Menurut Syaikh Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnah, sutrah pada saat ini dapat berupa: sejadah, susunan saf masjid melalui hamparan warna karpet, ataupun berupa garis. Sutrah juga dapat berupa tembok, tongkat, ataupun tiang. Rasulullah SAW sendiri kadang kala solat menghadap Aisyah RA yang sedang tidur, jadi yang menjadi sutrah adalah Aisyah RA (al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la).

No comments: