Tuesday, October 27, 2009

Jumlah Penganut Ugama Islam Seluruh Dunia

Menurut Pew Forum On Religion and Public Life yang mengambil masa selama 3 tahun untuk menyiapkan kajian ini mengatakan bahawa Penduduk Islam dunia kini berjumlah 1.57 billion atau satu nisbah empat orang penduduk dunia .



Hasil laporan tersebut mendapati sekalipun Islam bermula di Negara Arab tetapi bilangan terbesar Umat Islam adalah di benua Asia iaitu kira-kira 60 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk Islam dunia.


Dari perbandingan yang dibuat didapati penduduk Islam Jerman lebih ramai berbanding Lebanon, Penduduk Islam China lebih ramai berbanding Syria manakala Rusia lebih ramai orang Islam berbanding Jordan dan Libya.

No comments: