Wednesday, October 28, 2009

Sejarah "APRIL FOOL"


Pembukaan Sepanyol yang dikenali sebagai Andalusia bemula dengan satu expedisi yang dibuat oleh oleh Panglima tentera Islam yang bernama Tariq Bin Ziyad di bawah kerajaan bani Umaiyyah. Setelah bertapak lebih 500 tahun Kerajaan Islam Andalusia dijatuhkan oleh tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam dengan pelbagai bangsa masih lagi bertapak dan berkubu disana namun kebencian tentera Kristian untuk menghancurkan penganut Islam mereka mula merancang dengan menawarkan pelayaran untuk keluar dari Sepanyol dengan menyediakan kapal-kapal. Tentera Kristian menyediakan beratus buah kapal dan penduduk Islam mula percaya dengan tawaran tersebut.
Pada keesok harinya pada tarikh 1 APRIL , umat Islam keluar beramai-ramai ke pelabuhan. Setelah keluar dari kubu pertahanan Pihak Kristian pun menyerbu dan membunuh semua Penganut Islam termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak sempat menaiki kapal disebabkan kapal-kapal itu telah pun dibakar setiba mereka di pelabuhan.
Peristiwa berdarah ini kemudian dirayakan oleh tentera Kristian Andalusia sehingga ke hari ini di seluruh dunia namun yang mengecewakan banyak Umat Islam yang jahil mengenai perayaan ini tetapi yang lebih malangnya yang arif mengenai perkara ini terus merayakannya. NauzubiLlahi Min Zalik…
Renungan : Kejamkah Islam?

Ketika Umar Al-Khattab membuka palestin dia masuk ke Baitul Muqaddis tanpa pertumpahan darah dengan mengadakan dialog panjang dengan ketua paderi, dengan membenarkan mereka keluar dari kota dengan selamat semuanya.
Sallahuddin al-Ayubi ketika beliau membuka Damsyik dan Baitul Muqadis, beliau tidak menghalau penganut-penganut Kristian sebaliknya membahagikan kawasan gereja dan masjid bersebelahan malah beliau membina sebuah tempat penempatan Kristian di kota Bab Thuma yang kesannya dapat dilihat ke hari ini.

No comments: